Tuesday, September 15, 2009

Siapa Kami

Penulis bersama (Co-author) :
Buku kajian sejarah-fiksi: Air Mata Raja.
Kini dalam proses penerbitan dan bakal berada di pasaran kelak.


SHALI :

Shaharudin Datuk Hj Ali mendapat pendidikan awal di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Bekas johan perdebatan antara Sekolah Asrama Penuh tahun 1979/80. Dalam tahun 1981, beliau telah mengambil jurusan undang-undang di England, dan meneruskan pelajarannya di Universiti Malaya dalam tahun 1986. Beliau pernah berkhidmat dengan Jabatan Peguam Negara sebagai Timbalan Pendakwaraya dan kemudian sebagai Peguam Persekutuan di Jabatan Hasil Dalam Negeri. Dalam tahun 1990, beliau di terima masuk sebagai ahli Badan Peguam Malaysia oleh Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur. Beliau menjadi peguambela dan peguamcara selama 6 tahun di firma "Shaharudin, ShamSunder & Partners“ dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang undang-undang di sektor korporat seperti berikut: pernah berkhidmat di kumpulan TV3 sebagai pengurus undang-undang, pengurus besar undang-undang dan korporat di Mimos Bhd, Pengurus Besar Kanan di Kumpulan Kausar, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Terjemahan Negara Malaysia Bhd, Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Majlis Peguam Malaysia dan seterusnya. Pada tahun 2008, beliau mendapat lantikan Adjunct Professor di fakulti Perniagaan dan Undang-undang, Multimedia Universiti Melaka. Kini seorang peguambela & peguamcara di salah sebuah firma terkemuka di bandaraya KL Semasa beliau di Institut Terjemahan Negara, beliau juga adalah Ahli Jawatankuasa Induk Pemantauan Projek RM Ke-9, Kementerian Pelajaran, Ahli Jawatankuasa Induk Dasar Buku Negara, Ahli Jawatankuasa Induk Memartabatkan Bahasa Kebangsaan.

Selain tugas resmi beliau, beliau aktif dalam pertubuhan-pertubuhan seperti berikut:

a. Ahli, Majlis Peguam Malaysia (Peguambela & Peguamcara)

b. Ahli, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)

c. Ahli, Persatuan Sejarah Malaysia

d. Ahli, Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) Malaysia

e. Ahli, Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA)

f. Ahli, Jawatankuasa Bahasa Melayu, Majlis Peguam Malaysia (Mantan)

g. Ahli, Malaysian Association of Company Secretaries (Mantan)

h. Ahli, Persatuan Radio Amatur Malaysia (MARTS)

i. Ahli, Persatuan Perkhidmatan Kecemasan Radio Amatur Malaysia (MARES)

j. Ahli, Persatuan Menembak Selangor

k. Ahli, National Geographic Society

l. Ahli, English Speaking Union, Malaysia

m. Ahli, World Internet Society

n. Ahli, Persatuan Murid Tua Kolej Melayu Kuala Kangsar.

o. Ahli, Malaysia Institute of Management (Mantan)

p. Ahli Jawatankuasa Penerbitan Dewan Bahasa & Pustaka (Mantan)

q. Ahli, International Association of Nuclear Law, Brussels

r. Ahli, Malaysian Association of Tax Accountants


Beliau juga adalah pengelola laman blog ini www.rajamenangis.blogspot.com, sebuah blog yang mendaulat dan memperkasakan institusi Raja-Raja Melayu, orang-orang Melayu, Islam, adat budaya Melayu dan kedaulatan Tanah Melayu. Blog ini menjadi sumber kajian pelajar, penyelidik sejarah dalam dan luar negara. Beliau gemar menulis berkaitan falsafah dan undang-undang dan aktif dalam ceramah, taklimat dan debat berkaitan Tanah Melayu, undang-undang dan masa depan orang-orang Melayu dan institusi Raja Melayu dan kedaulatan Islam.

Shaharudin adalah penasihat undang-undang Persatuan Sejarah Malaya [Selangor].


Ikut beliau di Twitter @shaharudinali


ZAI :

Zai adalah seorang novelis dan selebriti chef yang telah menghasilkan 50 buah buku dalam kedua-dua genre. Berpendidikan awal di Methodist Girls’ School, bergiat dalam editorial majalah dan memegang pelbagai jawatan dalam persatuan sekolah. Melanjutkan pengajian di Grimsby College of Technology dan Cardiff Tutorial College, United Kingdom. Mempunyai pengalaman bekerja di syarikat insurans, firma pembinaan dan guru. Menjadi penterjemah bebas untuk beberapa penerbit bertaraf antarabangsa. Mengelolakan beberapa rancangan tv khususnya dalam bidang masakan, konsultan, motivator, dan mengendalikan bengkel penulisan di perpustakaan dan universiti seluruh negara. Mempunyai ruangan beliau sendiri di Kosmo, Sinar Harian dan Berita Minggu (Singapura). Sering diundang menjadi Hakim dan Juri Pertandingan Masakan seluruh Malaysia dan Brunei. Pernah menjadi tenaga pengajar untuk pemilik restoran Filipina dan Jepun. Ahli Gapena dan Pengarang Terhormat Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Selangor. Ikuti beliau di Facebook dan Twitter # norzailina nordin